5 Senaman Perut Paling Berkesan Untuk Dapatkan Six Pack Tanpa Perlu Alatan Gym

5 Senaman Perut Paling Berkesan Untuk Dapatkan Six Pack Tanpa Perlu Alatan Gym

Kita selalu fikir nak dapatkan six pack perlu ada alatan di gym. Padahal untuk anda memiliki six pack, tak semestinya  anda kena ada semua itu. 

Apa yang penting, anda perlu rajin bersenam. Cara yang paling mudah untuk dapatkan six pack adalah dengan menjadikan rumah sebagai gym peribadi. Boleh bersenam dengan selesa, malah hasilnya juga setanding anda pergi ke gym.

Jadi bagi yang nak dapatkan perut six pack, lakukan 5 teknik senaman mudah dan berkesan ini. Yang penting, lakukam secara konsisten dan tengoklah hasilnya. Pasti tidak mengecewakan!


1) Vertical Leg Crunch


vertical-leg-crunch.jpg

Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini sahaja terlebih dahulu.

ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tetapi lebih kepada menahan beban tubuh.

  • Ambil posisi baring
  • Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
  • Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat
  • Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.


2) Jacknife Sit-up

unnamed.jpg


Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan sit-up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seorang yang memiliki badan gempal. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah dan bawah).

  • Ambil posisi baring
  • Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga  menyentuh dengkul kaki
  • Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan
  • Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh deisesuaikan dengan kemampuan anda


3) Plank

diet-plank-olahraga-senam-lemak_20180328_153216.jpg

Latihan ini memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat bdan dan memfokuskan pada otot perut.

  • Ambil posisi seperti push-up
  • Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
  • Luruskan punggung
  • rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokudkan ke otot tubuh dari beban tubuh. Tahan hingga beberapa minit.


4) Sit Up

042598600_1504583590-Sit-Up4.jpg


Latihan ini cukcup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi jika anda melakukan latihan ini dengan beban tambahan.


5) Bicycle Maneuver

Bicycle-Crunch.jpg

Sambil baring pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan menghayunkannya seperti sedang melakukan ayunan barbasikal.

Namun, jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.


Nak lagi Tips? Join telegram channel kami. Klik Sini.